Tuesday, October 30, 2007

Asian Beat 2007 (Southern Region)


Regional Finals (Johor)
Danga Bay (Johor)
28 October 2007











Video lagu Pasti...kitorang bawa masa final, Usin yang suruh bawa lagu ni. Dia suka sangat, tapi menurut Usin, Syukran tapping salah...tassalll tau la sound gitar kau cam man kidal...

Assalamualaikum...wangi






Antara aksi-aksi yang sempat dirakam oleh Yazid dan Raje...tq geng (kucai skali sbb, pakai dg cam dier). Nak tunggu turn LTB jer, dah abis sekotak Winston 14 aku sedut...X termasuk rokok nuar aku paw...Tekak pun macam dah bersemut pun ade. Tp, nasib baik crowd layan, bersemangat gak la kitorang....walaupun kebanyakannya geng sendiri gak..ha ha ha..Tq, Aegies, Itadakimas, Krysto, Strawberry, my-Dara, Houdinix, Bdk2 tmn u, Din, Ajis, and semua yang mengenali diri ini...kenang daku dalam doamu..pe merepek ni...



Semua dah penat, sehari suntuk kat danga bay ni, cuaca baik alhamdulillah...panas sikit je.





Terkejut la bila nama band diumumkan...cam dalam AIM pulak..maklumlah, firstime. Tp, klu x kerana panjang...hmm, x tau la kan..puas hati kitorang hari tu walau pun hanya 2 band yang berjaya ke KL, tapi xper r, semua member2 gak tu...gud luck utk korang.





Kenangan manis Ltb, menang tempat ketiga...
ok la kan.. Punya la semua beriya iya naik atas stage amek hadiah, tapi si mamat sorang tu hilang ntah kemana la pulak. siape lagi kalau bukan pemegang Anugerah Pembantu Basist Terbaik, Panjang. Org ajak lepak tunggu result, dia sibuk nak usya awek kat luar. kan dah terlepas bergambar ngan kitorang. Tapi, kalau dia ade, dah tentu dia org pertama yg naik stage dan kalau boleh, biar dia sorang je yang ambil hadiah..ha ha...padan muka. Ape arr...dah lah kau ketua band...

Nak cuba lebih dekat...

Monday, October 29, 2007

Mengarut...

Walau aku keluar dari Houdinix, tapi aku tetap sayang band ni sbb aku pun dah byk lalui pengalaman pahit manis, jatuh bangun, suka duka, pahit getir, liku-liku, dan susah senang, tawa riang, dan ape2 lagi la...dunia memang tak adil tapi tuhan tetap benar, akhirnya aku pasrah, rela, redha, dan akur dengan ketentuan ini....utk kwn2 diluar sana yang kenal kami, yang terbaik utk kita adalah mendoakan kejayaan sesama kita...apatah lagi kita semua punya tujuan yang sama...
Ingatlah...masa akan mengingatkan kita. Suatu hari nanti apabila kita dah berusia, kenangan kita bersama, pengalaman kita bersama akan menjadi harta yang berharga buat kita....gay weng

kepada ahli band LTB-
kalau boleh, korang rajin-rajin lah layan blog ni...bukan blogsports tau. Jgn salah type pulak...sampai kiamat pun x masuk blog kite ni (to drummer)...id and p/w boleh minta kat aku

Cadangan - aku tahu semua bz sekarang...silap2 sampai habis sem ni pun korang x buka blog ni...tp, aku rasa kita kena buat somethin uk band kte ni...at least suatu yg membanggakan la. Bukan bangga diri, tp membanggakan...x sama maksud tu. X kisahla, buat open gig ke, kita bole kumpul band2 kat utm ni pastu buat live band kat mana2...contach ke, DSI ke (power giler), Kolej ker, ayub ker, ...amacam...sila beri cadangan melalui ruangan komen k...

Congratulation - Tahniah diatas kejayaan kita dalam Asian Beat 2007 Southern Region kat Danga Bay...kita dah buktikan kita boleh...asalkan setiap ahli kumpulan buat yang terbaik, hasilnya adalah yang terbaik utk kumpulan tersebut, bukan terhebat k...Maksud aku, kalau panggil Yan Lefthanded ganti Panjang pun belum tentu LTB menang kalau tiada kesepakatan dlm kumpulan...

Tak lupa pada semua kwn kwn yang lain...yang slalu bersama lepak ngn LTB tak kira siang malam, pagi ptg, hujan panas, ribut petir yang slalu beri sokongan kat kitorang...jutaan terima kasih buat korang...Aku bukan nak tulis benda2 merepek kat sini. Tp, bg aku...kita dah sem akhir, so kena lah lebih ayat2 tangkap jiwa punyer....pasni, klu kte x jumper, kite boleh share ape2 dlm blog ni...Dan yang penting, kejayaan LTB ....itu hari ...(pinjam ayat nuar) adalah pencapaian tertinggi kita semua (semua band utm) untuk kita sepanjang kita 4 tahun menghabiskan duit tajaan utk jamming......mungkin susah utk kita capai buat kedua kali...tapi, jgn lah berhenti berusaha dan mencuba...Sikit pun aku tak anggap ini nasib, bagi aku ini adalah pulangan/hadiah/habuan/hasil usaha kita bersama...




Saturday, October 27, 2007

Line-up terkini Lorong Terbabas


Ini lah line up LTB yang betul betul...
bukannya coaabaan...
Diri dari kiri Azri (2nd gitar), Nuar (drummer), Shuk (1st gitar)
Duduk dari kiri Panjang (bass), Mohd Nazri (vocalis)

Band Ltb ni bukan la power mane pun...
tp, kitorang enjoy dapat main lagu2 yg kitorang minat...
gambar ni kitorang ambil untuk daftar Asian Beat...
For your information, semua ni single lagi...

Lorong Terbabas in action!

Antara live performance Ltb di UTM...
bole la...
crowd pun layan lagu2 rock kapak ni...
bole cari makan lagi...
Harap anda rajin2 ler memberi komen video2 ni...



IsaBella



BeNcAna




MeNiti TitiAn UsAng




CiNta 3 DimeNsi & SemaNgat LaMina



SkEtsa SeBuah CiNta



Ku DihalaMan RinDu



Gadis MisteRi-Vide0 x siAp



Gadis MiSteRi

Friday, October 19, 2007

Sekalung Budi


Lorong Ter-Babas...

Sebuah kumpulan rock yang telah menggegarkan arena muzik rock di UTM Skudai. Sering membawakan lagu2 rock popular tanah air daripada kumpulan2 rock lagend seperti Search, Wings, Lefthanded, Sweet Charity, dan sebagainya...

Sejarah Penubuhan...

sjarah penubuhan lorong terbabas adalah sangat menyayat hati dan pilu kerana pada mulanya, kami lahir dari sebuah kumpulan yang agak terkenal di UTM Skudai iaitu HOUDINIX...
Gambar diatas adalah line up terakhir houdinix sebelum kami berpecah belah, retak, reput...
Dari kiri, Azri(Bass), Nuar(Drummer), Ninja (harmonica, keyboard), Nazri (vokalis), Fami (lit), Shukran (rythm).....Semasa bersama dalam satu kumpulan, houdinix telah berjaya merakamkan beerapa demo...kami dah jual, tapi duit tak nampak sebab bdk2 ni jual pastu duit masuk kocek (termasuk aku sekali)...:)

Houdinix juga telah berjaya dalam beberapa pertandingan battle di sekitar jb, kl, shah alam, dan yang pasti dalam UTM...ha ha..cam xder band lain la pulak..Tetapi, kusangka hujan sampai ke malam rupe2nyer, hujan turun makin lebat dan akhirnya banjir melanda...Houdinix berpecah secara baik akibat masalh peribadi beberapa ahli kumpulan...macam2 lah masalah...masalah pompuan lah, duitlah, lagulah, aku pun tak tau lah....

akhirnya, berpecah dan tertubuh lah sebuah band yang pada masa tu, budak2 ni letak nama Lorong Ter-Babas jer....dan kisah band ini sangat menarik...nantikan pada masa akan datang!